Pakaian rasmi kontinjen Malasia untuk Sukan Olimpik 2024 di Paris menjadi bahan bualan hangat di media sosial sejak semalam. Ramai yang meluahkan rasa tidak berpuas hati dengan rekaannya yang dianggap ketinggalan zaman.
Namun, Ketua Kontinjen, Datuk Hamidin Mohd Amin, tampil memberi penjelasan.
Beliau berkata, penggunaan warna emas bertujuan untuk membawa aura pingat yang menjadi idaman kontinjen negara. Warna jingga, yang telah digunakan sejak 2004, dan pihaknya mendapat permintaan untuk digantikan.
Setelah berbincangan dengan penaja, Yonex, warna emas dipilih dan dipadankan dengan warna hitam.
Namun bagi Hamidin, kecantikan pakaian tidak berguna jika tidak diiringi dengan kejayaan.
“MOM sudah sepakat dengan Yonex untuk tukar kepada warna emas kerana kita menyasarkan untuk menang pingat emas, itu sebenarnya tema dan Yonex juga berpendapat warna emas padan dengan warna hitam…jika warna cantik tapi tidak dapat emas atau pingat tidak guna juga,” katanya.
Menurut Hamidin, majoriti atlet yang akan beraksi di Sukan Olimpik 2024 juga telah bersetuju dengan pemilihan rekaan pakaian rasmi.
Dalam pada itu, Hamidin menggesa agar semua pihak termasuk orang ramai terus memberikan sokongan padu kepada kontinjen negara, berbanding mengkritik pakaian rasmi kontinjen negara.
Selain itu, MOM juga berkemungkinan akan membuka peluang kepada orang ramai untuk mereka pakaian rasmi bagi Sukan Olimpik 2028 di Los Angeles dan akan diberi sagu hati kepada rekaan yang terpilih.
The post ‘Kalau cantik tapi tak dapat emas atau pingat pun tak guna’ appeared first on The Reporter.



