“Kalau Caprice Nak Saman, Silakan” – Pengarah Urusan Mydin Kata ‘Siapa Makan Cili Dia Rasa Pedas’

Food
20 Oct 2022 • 4:34 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Umum sedia maklum, penyanyi rap Caprice baru-baru ini tampil memberi amaran terhadap pasar raya, Mydin kerana mendakwa syarikat itu membuat ciapan berbaur sindiran ke atas dirinya.

Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli meminta syarikat itu memadam ciapan tersebut atau dia akan mengambil tindakan saman sebanyak RM30 juta ke atas pihak Mydin jika tiada sebarang kenyataan maaf dikeluarkan dalam masa 24 jam.

Memetik laporan Kosmo!, perkara itu telah mendapat perhatian Pengarah Urusan Mydin, Datuk Wira Dr. Ameer Ali Mydin yang menyatakan pihaknya tidak melakukan sebarang kesalahan serta tiada sebarang unsur memerli atau menghina penyanyi rap berkenaan.

Siapa makan cili, dia yang rasa pedas.”

Kalau betul Caprice nak saman, hantar surat saman kepada pihak kami, biar peguam saya nanti akan semakkan.

Walau bagaimanapun, Caprice hari ini menerusi Insta Stories menawarkan untuk membelanja rakyat Malaysia di pasaraya Mydin.

Cap nak belanja rakyat Malaysia beras, minyak dan tiga bahan lain ikut pilihan anda secara percuma minggu hadapan. Pilih lokasi mana korang nak Cap belanja.”

image is not available

Mengulas lanjut, Ameer Ali mengalu-alukan Caprice untuk melakukan sedemikian serta menawarkan 1 kilogram paket gula untuk sesiapa yang terlibat.

image is not available 1 hari lalu

"Saman 30 Juta" - Kena 'Cuit' Di Tweet Pasaraya Mydin, Caprice Gesa Permohonan Maaf & Nak Saman