“Kalau Dah Nama Lelaki, Sampai Mampus Pun Orang Akan Tetap Salahkan..” – Sharnaaz Ahmad Tuju Pada Siapa?

14 Mar 2024 • 2:00 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini sebuah hantaran dari pelakon Sharnaaz Ahmad di media sosial telah berjaya meraih perhatian orang ramai sekaligus mengundang tanda tanya.

Lelaki selalu salah

Berdasarkan foto yang dimuat naik oleh aktor tersebut, terlihat Sharnaaz berpendapat menjadi seorang lelaki itu bermaksud mereka akan sentiasa dipersalahkan dalam apa juga keadaan.

Meskipun tidak menjelaskan dengan lebih lanjut tentang kapsyen yang ditulis itu, Sharnaaz seolah-olah menyifatkan satu keadaan dimana dia sendiri dipersalahkan.

Kalau dah nama lelaki, sampai mampus pun orang akan tetap salahkan.

Pegang pada prinsip

Bukan itu sahaja, dalam hantaran yang sama, yang dikatakan bekas pasangan aktres Amelia Christie ini turut berkata orang ramai selalunya terus mendakwa kaum lelaki tanpa bertanya punca kemarahan dan mengapa mereka berbuat demikian.

Pada masa yang sama, dia juga tidak lupa untuk mengingatkan para jejaka untuk sentiasa berpegang pada prinsip.

Tapi orang tak akan pernah tanya kenapa dia (lelaki) marah atau buat macam tu,

 

Hey kawan, teruskan biar mati kita bermakna satu hari kelak. Salam Ramadan.

Dalam pada itu, orang ramai turut membuat spekulasi tentang kapsyen Sharnaaz itu. Kebanyakan daripada mereka menganggap ia ada kena mengena dengan Amelia memandangkan mereka baru sahaja didakwa putus cinta.

Terdahulu, Sharnaaz Ahmad enggan mengesahkan hubungan istimewa dengan Amelia Christie apabila diketahui mereka berdua telah saling unfollow di media sosial.

Ekoran itu, Amelia juga telah tampil mengakui dirinya kini sudah single dan tidak lagi berada dalam hubungan.

image is not available 2 days ago

"Kita Kena Bagitahu Kita Single.." - Amelia Christie Dedah Tidak Lagi Dalam Hubungan, Kongsi Ciri-Ciri Lelaki Idaman