”Kalau Depan Aku Ni, Pecah Muka Kau” – Kak KM

12 Mar 2024 • 1:32 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Usahawan kontroversi, Liana Rosli atau lebih mesra disapa Kak KM meluahkan rasa marah dengan seorang individu yang tak didedahkan identiti.

Menurut Kak KM, dia tak mahu bergaduh disebabkan sudah memasuki Ramadan dan tak lama lagi menyambut Syawal.

Namun, individu tersebut dikatakan sudah melampaui batas menyebabkan dia hilang sabar.

Usahawan ini memberi ‘hint’ individu itu bukan orang jauh, cuma ‘serumah’. Malah, jika dia membuka semua pekung yang dipendam mungkin akan ada yang sampai bercerai berai.

Kak KM mendakwa individu berkenaan tidak amanah apabila memasukkan wang RM35,000 daripada ejen ke akaun peribadinya, bukan akaun syarikat.

Bila kau manusia yang memang bangs*t kan, kalau kau miskin takpe kita tak benci kau. Tapi bila kau miskin dan kau punya hati tu biarlah baik supaya orang simpati dan bagi kau duit, bagi kau job.

Katanya lagi, individu itu juga bersikap munafik yang sering memburuk-burukkan orang lain.

Dalam keadaan menggigil kerana terlalu marah, Kak KM nekad untuk tidak pulang ke rumah kerana mahu menenangkan diri terlebih dahulu.

image is not available

image is not available

image is not available

Di ruangan komen, ramai tertanya-tanya siapakah yang dimaksudkan Kak KM. Ada yang memetik nama suaminya sendiri, betul ke?

Kredit: TikTok kakkm@sweetdara

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.