“Kalau Dia Bosan La..” – MeleTop Umum Hos Tetap, Netizen Kata Hawa Rizwana Suka ‘Cover’ Cun

1 Nov 2022 • 10:56 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Seperti yang ramai tahu, sejak pengunduran Noor Neelofa dari program MeleTOP, program itu tidak menemui pengacara tetap wanita sebaliknya hanya digantikan oleh pengacara jemputan setiap minggu.

Baru-baru ini, menerusi hantaran di laman rasmi Instagram, program MeleTOP mengumumkan bahawa mereka sudah ada pengacara tetap wanita baharu yang bakal bergandingan dengan Nabil Ahmad.

Susulan itu, nama pengacara dan penyampai berita, Hawa Rizwana telah disebut-sebut orang ramai yang meneka bahawa dia bakal menjadi pengacara tetap program MeleTOP.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen bagaimanapun seakan-akan tidak bersetuju dengan pilihan yang dibuat pihak produksi.

image is not available

Bukan itu sahaja, ada juga segelintir warga net yang meneka nama selebriti wanita lain seperti Uyaina Arshad, Jihan Muse dan Elly Mazlein.

image is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 21 jam lalu

"Patut Lah Ex Meroyan" - Jalan Pegang Tangan, Tular Foto Fatin Afeefa Dengan Kekasih Jutawan

View Original Article