
Pelakon Datin Seri Noniswara memberi respon terhadap kenyataan anak tirinya, Siti Hajaar yang merupakan isteri kepada MK K-Clique tentang rumah tangga ibu bapanya.
Kata aktres itu, dia tidak tahu tentang status sebenar arwah suaminya, Datuk Seri Dr Sheikh Nordin Sheikh Ahmad dengan isteri pertamanya iaitu ibu kepada Siti Hajaar.
Bagaimanapun aktres itu juga akui tidak kisah sekiranya selama ini dia hidup bermadu dan kini hanya mahu ketenangan selepas pemergian suami.
Orang kata madu itu manis, saya terima kalau daripada awal suami saya berterus terang dengan saya tapi dia tidak berbuat sedemikian.
Tambah Noniswara, sebelum ini dia bukan tidak mengambil tahu tentang itu namun akui dirinya lurus bendul dan pertama kali berjumpa madunya, Sharifah Hasnah ketika di hospital baru-baru ini.
Aktres berusia 54 tahun itu juga menyifatkan madunya seorang yang baik dan sudah menganggap anak tirinya seperti keluarga sendiri dan amanah daripada suaminya.
Kalau dia ‘claim’ dia masih isteri, saya akui. Saya sudah anggap mereka macam keluarga saya. Dia seorang wanita yang baik. Saya hormati dia, di hospital kami saling bersalaman.
"Ibu & Arwah Bapa Saya Tak Pernah Bercerai, Kalau Tak Tahu Lebih Baik Diam" - Isteri MK K-Clique
The post “Kalau Dia ‘Claim’ Dia Masih Isteri, Saya Akui…” – Noniswara Beri Respon Kenyataan Isteri MK K-Clique first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

