"Kalau Gini Punya Gaya, Patutlah Report Polis" - Penyokong Patah Hidung Dakwa Dipukul JMF

24 Jul 2023 • 3:46 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Sabtu lalu, dengan jayanya berlangsung perlawanan akhir Piala FA di mana pasukan Johor Darul Takzim berjaya menundukkan Kuala Lumpur City sekaligus mempertahankan kejuaraan yang dimiliki. Disebalik kehangatan perlawanan akhir, beberapa insiden tidak diingini berlaku di luar padang.

Seorang penonton perlawanan akhir bola sepak Piala FA 2023 antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan KL City, mendakwa dipukul anggota Johor Military Force (JMF), pada Sabtu.

Ketua Polis Iskandar Puteri, Rahmat Ariffin, berkata lelaki berusia 30 tahun itu turut mendakwa dirinya mengalami kecederaan dan membuat laporan di Balai Polis Sungai Besi, Kuala Lumpur, pada 11.50 pagi, semalam.

image is not available

Beliau berkata, mangsa yang pulang ke Kuala Lumpur mendapatkan rawatan, ditahan di wad Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

“Doktor mengesahkan mangsa mengalami kecederaan patah hidung, pendarahan di kepala dan mata kanan serta lebam seluruh badan.

“Kes disiasat bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan (mendatangkan cedera parah dengan menggunakan senjata atau benda lain yang berbahaya),” katanya dalam kenyataan.

Rahmat berkata, kes masih dalam siasatan dan orang ramai yang melihat kejadian itu dikehendaki ke Bahagian Siasatan Jenayah IPD Iskandar Puteri untuk membantu siasatan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved