“Kalau Idola Lelaki..” – Jadi Perdebatan Hangat, Netizen Kritik Ryujin ITZY Tunjuk Jari Tengah

Music
25 Mar 2024 • 2:49 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Video Ryu-jin di Sydney telah menjadi perbualan ramai.

Pada 24 Mac, ITZY telah menjadi perbualan ramai selepas satu video yang menunjukkan Ryu-jin dan Ye-ji meluangkan masa di Sydney dikongsi di komunikasi atas talian.

Di mana, ketika kedua-dua penyanyi itu sedang bergambar, peminat yang merakam video tersebut mendapati bahawa Ryu-jin telah menunjukkan jari tengahnya pada kamera.

Perlakuan tidak dijangka itu sekaligus telah mengejutkan peminat. Malah, ianya turut meraih perhatian netizen yang rata-ratanya mengkritik ahli ITZY tersebut.

Antara komen peminat serta netizen ialah,

Ini kali pertama saya nampak penyanyi idola wanita berkelakuan seperti ini.

 

Cuba kalau idola lelaki yang tunjuk, mesti dah kena teruk.

 

Kenapa nak dijadikan isu?

 

Saya rasa ni perkara biasa jika kita bergambar dengan kawan-kawan kita.

 

Siapa suruh rakam mereka senyap-senyap.

 

Susahnya hidup sebagai penyanyi idola wanita.

Apa pendapat korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.