“Kalau Kamu Itu Mine..” – ‘Pickup-Line’ Bella Astillah Buat Syed Saddiq Tersipu, Netizen Makin Tak Keruan

LocalEntertainment
30 May 2025 • 4:33 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Nampaknya kisah di antara pelakon jelita iaitu Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq masih menjadi bualan ramai.

Baru-baru ini, Bella Astillah sekali lagi mencuri bukan sahaja perhatian Syed Saddiq malah turut mencuri perhatian netizen apabila dia bertindak memberikan pickup-line kepada Saddiq.

image is not available

Menerusi video yang tular di TikTok, Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah berseloroh mengatakan Ahli Parlimen Muar itu miliknya.

Kalau sembilan itu nine, kalau kamu itu mine.

Dalam video yang sama, Saddiq yang berada di sampingnya turut tersenyum seolah-olah blushing dengan pickup-line yang diberikan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat gelagat mereka berdua dan ada yang mendoakan agar Bella dan Saddiq berkekalan sehingga sah menjadi suami isteri meskipun tiada sebarang kenyataan daripada pihak mereka yang mengesahkan mereka sedang menjalinkan hubungan istimewa.

image is not available

image is not available 3 days ago

Netizen Nasihat Tak Perlu Berahsia Lagi, Teruja Syed Saddiq Panggil Bella Astillah 'Sayang' - "Dah Biasa Panggil Tu!"