“Kalau Kita Kecundang Nasib Kita Lebih Buruk Daripada PRU-14” – Ucapan Kontroversi Zahid Hamidi Jadi Bualan

Politics
14 Oct 2022 • 10:49 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Selepas pengumuman pembubaran Parlimen diumumkan YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob pada 10 Oktober yang lalu, dapat dilihat parti politik sudah mula giat memulakan perancangan untuk memastikan mereka mendapat kepercayaan rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Terbaru, video ucapan dibuat Presiden UMNO, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi mula tular dan menjadi perbualan ramai di media sosial.

@jason.yew “asib pemimpin UMNO BN lebih buruk jika kalah PRU15, kata Zahid #zahidhamidi #barisannasional #PRU15 #foryou ♬ is now or never – JASON Update

Menerusi video yang tular itu, Ahmad Zahid secara terang-terangan mendedahkan sekiranya parti Barisan Nasional tewas sekali lagi dalam pilihan raya kali ini, tampuk kepimpinan parti itu akan dihadapkan ke mahkamah bagi kes perbicaraan jenayah.

image is not available

Pilihan raya kali ini merupakan ‘ibu’ segala pilihan raya, kalau kita kecundang nasib kita lebih buruk daripada PRU-14.

Bukan saya sahaja yang kena dakwa, Tok Mat (Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Hasan), kamu dalam senarai menunggu. Tan Sri Vicky jangan ketawa, kamu juga termasuk. Apa lagi Datuk Seri Saravanan.

Bukan itu sahaja, nama-nama seperti Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong serta Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein juga disebut bakal didakwa sekiranya mereka tewas.

image is not available

Disebabkan itu, Ahmad Zahid menegaskan tampuk kepimpinan Barisan Nasional perlu menang dalam pilihan raya umum yang akan datang.

Bagi mengelakkan (perkara) ini, kita wajib menang dengan dominan di dalam PRU ke-15.

Zahid Hamidi dakwa ucapannya diputar belit pihak pembangkang

Dalam pada itu, memetik laporan daripada MalaysiaKini, Presiden UMNO tersebut menegaskan bahawa ucapan yang disampaikannya itu adalah merujuk kepada pendakwaan politik dan terpilih.

Ini ucapan saya pada Perhimpunan MIC yang sedang ‘di-spin‘ (putar belit) musuh BN. Pada minit 2.35 dengan terang dan jelas saya menegaskan tentang pendakwaan politik dan terpilih.

Itulah maksud saya risiko pemimpin BN jika musuh menang PRU ke-15. Musuh BN akan menyalahgunakan kuasa membuat pendakwaan politik.

Apa pula pendapat korang bila tengok video ni?

Kredit: TikTok jason.yew | MalaysiaKini

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

View Original Article