"Kalau KL Tak Selamat? Sertakan Bukti, Kajian,"- Datuk Bandar KL

LocalPolitics
26 Aug 2024 • 11:45 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Tular mengenai desas-desus yang mengatakan bahawa Kuala Lumpur adalah lokasi tidak selamat dan berpotensi berlaku “giant sinkhole” gara-gara tanah jerlus yang berlaku di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Susulan insiden itu, seorang pelancong dari India yang terjatuh di dalam tanah jerlus itu masih belum ditemui walaupun pihak berkuasa telah mengambil pelbagai langkah.

Selepas kes tanah jerlus itu, muncul pula mengenai dakwaan Kuala Lumpur sudah tidak selamat sehingga ia menjadi bualan hangat di media sosial.

Untuk itu, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Maimunah Sharif tampil membuat penjelasan semalam.

image is not available

Beliau menegaskan bahawa pihak yang menyebarkan dakwaan itu sepatunya tampil bersama , bukti dan kajian terperinci berhubung dakwaan berkenaan.

“Saya berpendapat Kuala Lumpur ini pun sudah lama dibina dan dalam tempoh itu ia adalah selamat.

“Oleh itu kalau nak mengatakan tidak selamat mestilah ada menunjukkan bukti-bukti dan kajian-kajian yang terperinci,” ujarnya dalam sidang media di lokasi kejadian pada Ahad.

image is not available

Mengulas lanjut mengenai dakwaan itu, beliau berkata, pihaknya telah menubuhkan ‘task force’ termasuk bersama Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia dan Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk melihat kepada aspek keselamatan di ibu negara.

“… untuk melihat ataupun mengkaji keadaan sebab kalau dilihat dari segi sedia ada, pada pendapat saya adalah Kuala Lumpur ini masih selamat.

“Ya, melainkan kalau ada kajian yang menunjukkan bukti-bukti kajian,” ujarnya lagi.