“Kalau Nampak Terus Nasihat, Bukan Viralkan Di Media Sosial” – DAP Batu Kawan Komen Isu Bendera Terbalik

LocalPolitics
13 Aug 2025 • 12:30 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Jawatankuasa Perhubungan Parlimen DAP Batu Kawan menyeru semua pihak agar menangani isu pengibaran Jalur Gemilang dengan pendekatan yang relevan dan harmoni, selaras semangat Malaysia Madani yang menekankan perpaduan serta kecintaan kepada negara.

Pengerusinya, Chow Kon Yeow berkata, pihaknya memandang serius kepentingan mengibarkan bendera negara dengan cara yang betul sebagai manifestasi jati diri rakyat Malaysia yang merdeka dan berpatriotisme.

Misalnya, sesiapa atau mana-mana pihak yang melihat kejadian sedemikian berlaku, boleh memilih untuk memberi nasihat dan peringatan kepada pihak berkaitan supaya tindakan segera bagi membetulkannya diambil.

Beliau menegaskan bahawa tindakan menasihati secara berhemah adalah kaedah terbaik untuk menyelesaikan masalah, berbanding mempolitikkan isu.

Apa yang kita saksikan kini adalah pihak tertentu akan menangkap gambar dan mengviralkan di platform media sosial. Tindakan sedemikian telah menimbulkan pelbagai reaksi sehingga ahli-ahli politik dan orang awam membuat laporan polis supaya pendakwaan dilakukan atas pihak yang salah.

Chow turut melahirkan rasa kesal apabila terdapat pihak yang memanipulasi insiden bendera dikibar secara salah untuk tujuan politik.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2025-08-12 16:38:50

"Melanggar Hukum Alam Sains.." - Bentang Fakta, Individu Bidas Dakwaan Jenazah Zara Masih Dalam Keadaan Utuh Dan Berbau Wangi