Kalau orang biasa pun diganggu, apatah saya – Tisha Shamsir

LocalEntertainment
8 Oct 2026 • 11:56 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Kalau orang biasa pun diganggu, apatah saya – Tisha Shamsir

Image from: Kalau orang biasa pun diganggu, apatah saya – Tisha Shamsir

KUALA LUMPUR – Berdepan buli siber susulan dituduh atas kes dadah, pelakon Tisha Shamshir memilih kekal tenang serta menerima segala dugaan dengan hati terbuka.

Tisha atau nama sebenarnya Shanorbiah Shamsir Alam, 40, berkata gangguan menerusi laman sosial bukan sesuatu yang asing bagi individu dalam pekerjaan sama seperti dirinya.

“Itu perkara biasalah. Kalau orang biasa pun boleh diganggu, apatah lagi orang seperti saya, bukan?” katanya selepas sebutan semula kesnya di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Tiba di mahkamah diiringi tiga pengawal peribadi, pelakon drama bersiri Gerak Khas 2.0 itu tampak tenang sebaik keluar dari kamar mahkamah sekitar pukul 10 pagi.

Ditanya mengenai representasi melalui peguam, pelakon berkenaan bagaimanapun hanya memberikan jawapan ringkas.

“Insya-Allah,” katanya.

Tisha pada masa sama mengakui ujian yang sedang dihadapinya bukan sesuatu yang mudah, namun memilih untuk menyerahkan segala urusan kepada Allah.

“Saya hanya mampu mendoakan yang terbaik. Apa pun, ujian daripada Allah ini memang hebat dan sangat berat.

“Saya menerima segala dugaan ini dengan hati terbuka dan berharap agar saya terus diberikan kekuatan untuk menghadapinya,” ujarnya.

Mahkamah Majistret hari ini menetapkan 10 November depan bagi sebutan semula kes.

Pada 7 Julai ini, Tisha ditahan bersama beberapa individu dalam serbuan Op Noda yang dijalankan Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur bersama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi. – KOSMO! ONLINE

The post Kalau orang biasa pun diganggu, apatah saya – Tisha Shamsir appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved