“Kalau papa tak balik, kena jaga adik-adik” -Pesan Johan buat anak2 sebelum tunai haji

17 Jun 2024 • 4:23 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

“Kalau papa tak balik, ingat siapa kena jaga adik-adik”

Pesan Johan buat anak-anak sebelum berangkat ke Tanah Suci yang berjaya dirakam oleh rakannya sewaktu menghantar selebriti berkenaan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur tempoh hari.

Momen sebak bersama anak2

Menerusi video yang dikongsikan semua akaun peminat di TikTok, kapsyen yang ditulis mengatakan bahawa momen berkenaan cukup menghibakan apatah lagi Johan dan isteri, Ozlynn Waty sedang memberikan titipan kepada anak-anaknya.

 

Pesan Johan sebelum berangkat tunai haji

Difahamkan, hantaran tersebut dibuat oleh rakan sempena hari lahir Johan atau nama sebenarnya, Mohd Yazid Lim Mohamad Aziz yang kebetulan di sambut di Tanah Suci pada tahun ini.

Dapat dilihat yang penyampai radio Hot FM berkenaan turut memeluk dan mencium anak-anak sebelum berangkat menunaikan haji bersama isteri serta rombongan.

image is not available

Pesan Johan buat netizen hiba

Perkongsian tersebut telah menuai pelbagai komen daripada netizen yang rata-rata menyatakan rasa sebak melihat momen tersebut.

Mereka juga mengakui respect dengan cara Johan dan Ozlynn dalam mendidik anak-anak apabila masing-masing terlihat akrab dengan ibu bapa serta adik beradik yang lain.

image is not available

image is not available

Dalam lawak ada tegasnya

image is not available

 

image is not available

 

Memang abah2 pesan macam ni

image is not available

 

 

Terdahulu, Johan dan isteri telah berangkat ke Tanah Suci apabila mendapat peluang bersama 11 lagi pengamal media untuk membuat liputan di sana serta menunaikan fardu haji.

Difahamkan, mereka semua dijemput khas oleh Kementerian Media Arab Saudi bagi mengerjakan rukun Islam kelima itu pada musim haji tahun 1445H ini.

Sumber; TikTok johanozzlyn