‘Kalau pelakon dibayar RM100,000 satu filem, itu rezeki mereka’

Entertainment
24 Sep 2026 • 1:58 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Kalau pelakon dibayar RM100,000 satu filem, itu rezeki mereka’

POLEMIK pelakon muda meraih bayaran sehingga boleh mencecah RM100,000 untuk sebuah filem tidak pernah membuatkan aktor senior, Azhar Sulaiman berasa iri hati.

Azhar, 55, berkata jumlah bayaran diterima seseorang pelakon merupakan rezeki masing-masing bergantung kepada kredibiliti, nilai komersial serta kemampuan mereka ‘menarik’ penonton ke pawagam.

“Bagi saya, kalau pelakon itu minta RM100,000 dan penerbit sanggup bayar, itu rezeki mereka. Maknanya penerbit yakin dengan kemampuan pelakon berkenaan membawa pulangan, jadi kenapa tidak?

“Bagi saya, tiada sebab untuk cemburu kerana itu berbalik kepada tuah dan rezeki. Andai pelakon itu boleh buktikan dia adalah ‘cash cow’ dan filem itu boleh meletup, bayaran itu ada justifikasinya.

“Jika dia bukan pelakon, mungkin pencipta kandungan, tetapi kehadirannya boleh menarik penonton dan membantu filem itu berjaya, itu juga antara strategi perniagaan,” katanya ketika ditemui pada acara pratonton drama Miselia di RTM Angkasapuri, semalam.

Pelakon yang dikenali menerusi filem Abang 92 itu, turut berpandangan, gelaran bintang tidak seharusnya diukur berdasarkan populariti di media sosial atau jumlah anugerah yang dimenangi, sebaliknya penerimaan penonton.

“Bintang itu dapat kita lihat daripada penerimaan penonton dan perkembangan seseorang dalam industri. Bukan semata-mata sebab dia menang anugerah.

“Kalau dia masih ada pengikut dan mampu menarik orang untuk menonton, bermakna dia masih mempunyai harga,” katanya.

Pada masa sama, Azhar bersyukur kerana perjalanan seninya bermula menerusi filem kerana percaya status tersebut membantu mengekalkan nilai pasaran dirinya walaupun sudah hampir empat dekad terbabit dalam industri seni.

“Bintang filem mempunyai status tersendiri dalam industri. Saya juga bermula sebagai bintang filem. Sebab itu harga saya sampai hari ini masih selamat,” ujarnya.

Sementara itu, drama Miselia yang menyentuh isu mental lakonannya bersama Ellie Suriaty, Niezam Zaidi, Adam Shahz dan Shiqin Kamal bakal disiarkan di TV1 pada 10 Oktober ini. – KOSMO! ONLINE

The post ‘Kalau pelakon dibayar RM100,000 satu filem, itu rezeki mereka’ appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved