“Kalau Perlu, Noh Akan Keluarkan Kenyataan..” – Terlalu Banyak Dakwaan, Noh Salleh Dinasihatkan Berdiam Diri Oleh Peguam

8 Feb 2024 • 9:38 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Meskipun dilanda pelbagai ujian dan spekulasi, penyanyi Noh Salleh masih berada dalam keadaan yang baik walaupun terkejut dengan tuduhan berkaitan tuntutan kes hak pernjagaan anak angkatnya, Musa bersama bekas isteri, Mizz Nina.

Akan keluarkan kenyataan

Menurut pengurusnya, Epain, penyanyi ini akan mengeluarkan kenyataan kepada orang ramai sejurus sahaja mendapat kebenaran daripada peguam mereka. Katanya, Noh sedang menunggu masa yang sesuai bagi tidak merumitkan lagi keadaan.

Mereka menasihatkan untuk tidak memberi sebarang kenyataan yang boleh merumit dan mengeruhkan lagi keadaan.

 

Apatah lagi isu ini sedang panas dan pihak kami tidak mahu menyimbah minyak ke dalam api. Kalau perlu, Noh akan keluarkan kenyataan media berhubung isu ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shazrina Azman (@officialmizznina)

Pada masa yang sama, Epain juga berharap agar kes ini dapat diselesaikan dengan baik dan mendapat keputusan hak penjagaan yang adil antara Noh dan Mizz Nina.

Terdahulu, Nina telah mendakwa Noh mengambil Musa tanpa pengetahuannya semasa dia berada di luar negara. Nina kemudian mendapatkan perintah mahkamah untuk mendapatkan Musa kembali.

image is not available 21 hours ago

"Saya Terkejut Sebab Apa Yang Dia Cakap Semua Tak Betul.." - Ibu Kandung Musa Dakwa Noh Putar Belit Cerita