“Kalau rasa tak cukup motivasi, jumpa saya..” – Fadhlina nasihat guru elak sertai program tak jelas

LocalPolitics
14 Jul 2025 • 4:28 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menasihati para guru agar tidak sewenang-wenangnya menyertai program motivasi atau bimbingan yang tidak diketahui kandungan serta pengisiannya.

Menurut beliau, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menyediakan pelbagai program pembangunan dan motivasi yang sesuai untuk warga pendidik, selaras dengan objektif pendidikan negara.

“Kita (guru-guru) kalau boleh tidak perlu terlibat dengan program-program motivasi yang kita tidak tahu daripada segi pengisian dan substansinya.
“Kalau guru-guru rasa tak cukup motivasi, datang jumpa saya. Saya boleh bagi motivasi,” katanya.

image is not available

Fadhlina nasihat guru elak sertai program tak jelas

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kemungkinan penglibatan guru dalam program motivasi rumah tangga (eHATI) yang dikaitkan dengan unsur mencolok mata dan amalan bertentangan dengan akidah.

Terdahulu, Fadhlina mengadakan lawatan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Widuri di sini bagi meninjau pelaksanaan Program Anak Kita, salah satu inisiatif KPM.

image is not available

Mengulas lanjut, beliau berkata KPM sentiasa komited dalam memastikan keselamatan dan penyelenggaraan infrastruktur sekolah di seluruh negara berada dalam keadaan terbaik.

Menurutnya, semua sekolah menerima sokongan penyelenggaraan secara berkala, dan isu serius seperti kerosakan struktur akan disiasat oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) bersama agensi berkaitan.

image is not available

Fadhlina turut mengingatkan agar sebarang masalah penyelenggaraan dirujuk segera kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) untuk tindakan lanjut.

Sumber: Kosmo! Online (Siti Nur Mas Erah Amran)