Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Roblox, Dave Baszucki, menasihatkan golongan ibu bapa yang bimbang dengan keselamatan anak mereka di platform permainan itu supaya tidak membenarkan mereka menggunakannya.
Roblox, yang menjadi kegemaran kanak-kanak berusia 8 hingga 12 tahun, sering dikaitkan dengan isu keselamatan seperti pendedahan kepada kandungan tidak sesuai, insiden buli dan dakwaan eksploitasi dalam talian. Namun, Baszucki menegaskan bahawa syarikatnya sentiasa berusaha memastikan pengalaman yang selamat bagi pengguna.
“Jika anda tidak selesa, jangan benarkan anak anda berada di Roblox,” katanya dalam temu bual eksklusif bersama BBC News.
‘Senangnya cakap, nak lepas tangan ke tu?’
Ketua forum keibubapaan Mumsnet, Justine Roberts, mengakui ramai ibu bapa menghadapi kesukaran mengawal penggunaan Roblox oleh anak mereka. Walaupun terdapat kawalan ibu bapa, pemantauan berterusan bukanlah sesuatu yang mudah, terutamanya bagi mereka yang mempunyai lebih daripada seorang anak.
- 22,351 calon UPKK 2024 capai keputusan cemerlang semua subjek
- ‘Saya tak nak isu ini dipolitikkan’ – Mangsa
- Akur dengan kekhilafan, Mimi Fly turunkan MV Serumpun, ganti versi baharu
- Sebak! Warga emas berkaki besi gigih menunggang motosikal
- ‘Dah macam hingus!’ – Wanita kecewa taufufa dan nasi kerabu RM16 basi
Ellie Gibson dari podcast Scummy Mummies menyifatkan kenyataan CEO Roblox itu sebagai satu jalan mudah untuk melepaskan tanggungjawab.
“Senangnya cakap ‘jangan benarkan anak bermain’, tetapi hakikatnya, ramai kanak-kanak mahu bermain Roblox kerana semua rakan mereka juga bermain,” katanya.
Langkah keselamatan Roblox dan batasannya
Roblox adalah antara platform permainan terbesar di dunia dengan lebih 80 juta pengguna harian pada 2024, di mana hampir 40% daripadanya berusia di bawah 13 tahun.
Di UK, Akta Keselamatan Dalam Talian yang akan berkuat kuasa pada April ini menghendaki semua syarikat teknologi memastikan perlindungan lebih ketat bagi kanak-kanak di internet. Baszucki yakin Roblox sudah pun melangkaui piawaian yang ditetapkan dengan penggunaan sistem keselamatan berasaskan kecerdasan buatan (AI) untuk menapis kandungan yang tidak sesuai.
The post ‘Kalau risau, jangan beri anak main Roblox’ – CEO Roblox appeared first on The Reporter.



