“Kalau Saya Jadi Mutawif Tak Tahulah Apa Jadi Kat Jemaah. Saya Jadi Mutawif Bahaya” – Zul Ariffin

5 Jul 2023 • 3:38 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Aktor berbadan sado, Zul Ariffin baru-baru ini meraih perhatian warganet selepas dia berkongsi pengalaman menunaikan haji di Mekah.

Zul sempat membuat live ketika berada di sana dan menerusi TikTok, tular video di mana pelakon tinggi lampai itu menjawab soalan seorang peminat.

Individu tersebut bertanya jika sekiranya Zul memasang niat dan ingin menjadi seorang mutawif kepada jemaah yang menunaikan haji atau umrah.

Dia yang terhibur dengan soalan tersebut tampil membalas dengan ringkas bahawa dia tidak mahu menjadi mutawif namun memasang niat untuk kembali ke tanah suci itu selepas ini.

Saya tak jadi mutawif. Kalau saya jadi mutawif saya tak tahulah apa jadi kat jemaah. Saya jadi mutawif bahaya. Japgi kang tak jadi apa, naya.”

@adriana_khan_ Mesti korang rindukan dekat #emir #perempuanitu … alhamdulillah haji @Zul?Ariffin #zulariffin ? original sound – Adriana_khan

Pelakon drama Perempuan Itu tersebut turut memohon agar peminat mendoakannya kerana akan berulang alik dari Mekah ke Malaysia namun tidak menyatakan atas urusan apa.

Dalam pada itu, aktor berkenaan juga banyak berkongsi situasi semasa menunaikan haji dan pengalamannya sepanjang berada di sana.

Menerusi ruangan komen ramai yang sempat memberi pesanan kepada Zul untuk tidak berlakon babak bersentuhan dengan pelakon wanita lain.

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

Sesetengah individu mendoakan agar pelakon yang pernah mempunyai beberapa kontroversi panas itu istiqomah selepas pulang ke Malaysia.

image is not available 3 weeks ago

"Cakap Macam Kemam Rambutan!" - Drama Perempuan Itu Raih Populariti, Tapi Penonton Geram Dengan Zul Ariffin?