“Kalau Sayang Kenapa Ada Kedua” – Syukur Isteri Jaga Maruah & Reda Berpoligami, ‘Influencer’ Popular Kahwin Lain Undang Pertikaian

20 Aug 2023 • 9:36 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, seorang pempegaruh di TikTok yang cukup dikenali dengan nama Abang Tesla membuat ‘kejutan’ buat pengikutnya dengan berkahwin sekali lagi.

Kelihatan di laman TikToknya, dia ada juga memuat naik video solat subuh bersama isteri pertama sebelum bernikah dengan wanita lain pada hari yang sama.

Dapat dilihat dalam video tersebut, isteri pertamanya menitiskan air mata dan perut erat Abang Tesla setelah selesai solat subuh bersama.

Abang Tesla turut memberitahu bahawa perkahwinan kali kedua ini telah diberi keizinan oleh isteri pertama lebih awal dan dia juga bersyukur kerana wanita itu reda untuk berpoligami.

Biarpun tuan empunya badan sudah perjelaskan bahawa perkahwinan ini telah mendapat restu isteri pertama, netizen masih tetap berasa kurang senang dengan tindakan lelaki terbabit.

image is not available

image is not available

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kecewa dan yakin bahawa isteri pertama pempagruh itu berasa ‘sakit’ tapi terpaksa pasrah kerana sayang pada suami.

image is not available 2 months ago

Isteri Setia Jaga Waktu Sakit, Suami Khianat Kahwin Lain Dengan Wanita Muda Lepas Sihat