‘Kalau semua harapkan AI, kita akan lebih malas’

TechnologyMusic
26 Jul 2026 • 2:38 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Kalau semua harapkan AI, kita akan lebih malas’

KUALA LUMPUR – “Teknologi sepertii kecerdasan buatan (AI) memang perlu diraikan tetapi bukan sepenuhnya.”

Demikian respons Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengenai penggunaan berleluasa AI termasuk dalam penghasilan karya muzik.

Kata Siti, 47, AI boleh digunakan oleh mana-mana pihak namun perlulah berpada-pada sehingga boleh mengenepikan kreativiti manusia.

“Sebenarnya AI ini hanya sebagai ‘alat’ sahaja. Kita jangan sampai menolak sebab ini adalah kemajuan teknologi.

“Kita sepatutnya menggunakannya pada waktu dan cara yang bersesuaian.

“Selebihnya perlu guna kreativiti dan berinovatif sendiri. Barulah minda kita berkembang,” katanya kepada Kosmo! Online.

Jelasnya, penggunaan AI secara berlebih-lebihan akan membuatkan manusia menjadi lebih kurang aktif dalam menghasilkan sesuatu mengikut kreativiti sendiri.

“Kalau kita mengharapkan semua pada AI, akan jadi lebih malas.

“Sebab itu saya cakap, AI hanya sebagai alat sahaja. Selebihnya kita kena kerjalah dengan kehebatan dan kreativiti kita. Itu jawapan saya,” katanya lagi.

Terdahulu, isu penggunaan AI dalam penghasilan karya kreatif seperti lagu menjadi perdebatan hangat dalam kalangan penggiat muzik tanah air. – KOSMO! ONLINE

The post ‘Kalau semua harapkan AI, kita akan lebih malas’ appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved