“Kalau tak boleh ditanya dan tak suka ditanya, jangan buat sidang media” – Firdaus Wong

LocalPolitics
31 Oct 2025 • 2:23 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung menegur tindakan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming dalam menegur soalan pengamal wartawan yang membawa isu semasa.

Menerusi hantaran di Facebook, Firdaus meluahkan rasa kecewa apabila mendengar kenyataan Nga yang didakwa sedikit angkuh dan mempersoalkan profesionalisme seorang menteri yang cuba menyekat kebebasan media.

Tak suka ditanya, jangan buat sidang media

image is not available

“Nga Kor Ming ugut nak hubungi ketua editor wartawan?

“Kalau tak boleh ditanya dan tak suka ditanya, jangan buat sidang media dan jangan jadi ahli politik,” kata Firdaus, semalam.

image is not available

Tegas Firdaus, Nga merupakan salah seorang menteri yang tidak digemari kerana sifat dan tindakannya selalu dianggap berlebihan.

“Dia antara ahli politik yang saya tidak gemari kerana cara dan sikapnya. Dia juga antara menteri kabinet terawal yang ‘backup’ Tiong King Sing.

“Ketua Editor The Merdeka Times, Finaz Yunus pun pernah dihubungi oleh sesetengah individu yang kurang senang dengan laporan kami. Kami tak gentar dengan ugutan mereka,” ujarnya.

Semalam, Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJM) membidas tindakan itu yang bukan sahaja tidak wajar, malah cubaan menakut-nakutkan serta menekan kebebasan media di Malaysia.

Ketua Penerangan Pemuda MCA, Neow Choo Seong pula berkata perbuatan Nga tidak wajar dan bercanggah dengan semangat Kerajaan Madani yang menekankan keterbukaan serta kebertanggungjawaban.

Sumber: Facebook Firdaus Wong Wai Hung