“Kalau Tak Boleh Handle, Jangan Bawak” – Penonton Luah Rasa Bengang, Ibu Bapa Biar Anak Menangis Dalam Panggung Wayang

Family & Parenting
20 Dec 2022 • 3:53 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, banyak filem menarik yang ditayangkan di pawagam. Sehubungan itu, ramai yang berpusu-pusu datang ke panggung wayang berdekatan untuk menyaksikan filem kegemaran masing-masing.

Akan tetapi, ramai penonton yang berasa kurang senang apabila ada segelintir ibu bapa yang membawa anak kecil ke dalam panggung wayang.

Ini kerana kehadiran kanak-kanak sering kali mengganggu tumpuan ramai pihak yang sedang fokus menonton filem.

Dalam satu perkongsian di Facebook, seorang individu menceritakan pengalamannya menonton filem terganggu kerana seorang kanak-kanak menangis di dalam panggung wayang.

Lebih menyakitkan hati, ibu bapa kepada kanak-kanak itu tidak menghiraukan perkara tersebut dan tidak mengambil sebarang inisiatif untuk menenangkan anaknya.

Aku bayar tiket masuk cinema bukan semata nak dengar anak kau menjerit melalak dari mula sampai habis. Aku dan penonton lain toleh kau dekat blakang dengan harapan kau faham, bawak anak tu keluar kejap, tenangkan dia. Tapi kau buat tak tau.”

Dalam pada itu, individu berkenaan turut menitipkan pesanan supaya pihak di luar sana tidak membawa anak kecil ke panggung wayang sekiranya tidak tahu cara untuk menenangkan anak-anak.

Kalau rasa tak boleh handle anak, jangan bawak. Aku pun pernah ada anak kecik yang buat perangai, solusinya apa? Aku tak pergi tengok wayang.”

image is not available

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut berkongsi berhadapan dengan situasi serupa dan mengkritik sikap ibu bapa pada zaman sekarang yang tidak peka dengan keadaan anak sendiri.

image is not availableimage is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah:

image is not available 6 bulan lalu

"Mudahkan Urusan Orang"- Netizen Bengang Tengok Kulit Kuaci Bersepah Atas Lantai Panggung Wayang