'Kalau tak sahih jangan tulis' - Aktres 35 tahun & suami ditahan, didakwa tipu jual beli tanah tidak wujud RM1.5 juta

LocalPolitics
5 Mar 2026 • 12:53 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

AKTRES berusia 35 tahun dan suaminya baru-baru ini tular dengan dakwaan penipuan jutaan ringgit dibawa ke Mahkamah Majistret Seremban.

Pelakon wanita berkenaan yang disyaki terlibat dalam kes penipuan membabitkan urusan penjualan tanah lot kurniaan di Selangor yang tidak wujud membabitkan kerugian RM1.5 juta!

Memetik Sinar Harian, pelakon itu sempat memaklumkan kepada media agar menulis butiran yang benar-benar sahih.

 "Nanti tulis apa yang betul ya kalau tak sahih jangan tulis... terima kasih," kongsinya.

Terdahulu, mereka sebelum itu ditahan di sebuah rumah di Hulu Langat, Selangor pada Rabu dan telah direman tiga hari sehingga 7 Mac ini untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Menurut Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahim, polis bertindak susulan laporan daripada mangsa pada 7 Januari lalu.

image is not available

"Penahanan suspek adalah susulan aduan seorang lelaki berusia 56 tahun yang mendakwa ditipu oleh rakannya dalam urusan untuk mendapatkan tanah kurniaan kerajaan negeri Selangor.

"Mangsa memberitahu pada 21 September 2023 telah ditawarkan oleh seorang lelaki untuk mendapatkan beberapa lot tanah di negeri Selangor yang terletak di bawah mukim Cheras yang mana sebelum ini telah dijanjikan akan mendapat tanah berstatus kurniaan kerajaan negeri," katanya.

Ujarnya, mangsa yang merupakan bekas ahli perniagaan telah mula berurusan dengan suspek dan telah membuat 195 kali transaksi bermula daripada September 2023 hingga November 2025.

Terdahulu, pasangan berkenaan diburu polis dan dikatakan berada di Sarawak.

Kedua-duanya telah didaftarkan sebagai orang dikehendaki dan dimasukkan dalam Senarai Pemantauan Khas (SPK) Jabatan Imigresen Malaysia bagi tujuan mengesan dan menangkap mereka.

Sebelum ini, sebuah portal melaporkan seorang individu menerusi platform Threads mendakwa dirinya telah ditipu oleh seorang pelakon wanita dan suaminya sebanyak RM300,000.

Dia mendakwa, ramai lagi yang menjadi mangsa dan turut memuat naik bukti tangkap layar kad pengenalan milik pelakon wanita itu dan suaminya.

Wujud juga dakwaan penipuan barangan kosmetik  namun pihak polis tidak menerima laporan berkaitan seperti yang dilaporkan media sebelum ini.

Sumber: Sinar Harian 1, 2