‘Kalau tak suka, jangan tengok!’ – Britney Spears bengang orang asyik risau kesihatan mental dia

WorldEntertainment
22 Dec 2024 • 5:29 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Britney Spears, 43, menzahirkan rasa kurang senang terhadap mereka yang sering menyatakan kebimbangan terhadap keadaan mentalnya.

Britney memuat naik foto hampir tanpa pakaian di Instagram pada Jumaat lalu, 20 Disember, sambil menyuarakan perasaannya terhadap tanggapan orang ramai yang sering mengaitkan personaliti uniknya dengan isu kesihatan mental.

Dalam kapsyen hantaran itu, Britney menulis, “Satu lagi perjalanan tetapi kali ini dengan bot lebih kecil! Terus terang, saya lebih suka yang kecil. Saya padam video saya menari kerana ramai yang beri komen menyakitkan hati.

“Saya muak dengan orang yang asyik kata mereka risau. Kalau tak suka cara saya, jangan tengok!”

Sumber yang rapat dengan Britney sebelum ini memberitahu bahawa penyanyi lagu Toxic itu memilih untuk mengabaikan kebimbangan orang ramai tentang tingkah lakunya.

“Britney marah dan minta orang berhenti mencampuri urusannya walaupun ada kebimbangan yang wajar tentang kelakuannya yang semakin tidak menentu,” kata sumber itu.

View Original Article