‘Kalau tawaran tak jadi maklum, tiada siapa akan marah’

Entertainment
16 Oct 2026 • 1:35 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Kalau tawaran tak jadi maklum, tiada siapa akan marah’

PETALING JAYA – Pelakon Catriona Ross menegur sikap segelintir pihak produksi yang didakwa gagal menjaga adab dan profesionalisme ketika berurusan dengan pelakon khususnya berkaitan pembatalan tawaran kerja.

Catriona atau nama sebenarnya, Catriona Norhayati Ross Bahrin, 48, berkata, wakil syarikat sepatutnya mempunyai rasa tanggungjawab untuk memaklumkan kepada pelakon andai sesuatu projek tidak dapat diteruskan.

“Menawarkan sesuatu pekerjaan itu satu perkara dan saya berterima kasih kerana ingat saya.

“Namun, jika akhirnya tidak jadi, sekurang-kurangnya ada rasa hormat untuk memaklumkannya kepada saya.

“Itu perkara asas. Jika dimaklumkan lebih awal, tiada siapa yang akan marah,” katanya dalam hantaran di media sosial.

Jelasnya, perkara tersebut sepatutnya tidak perlu diperjelaskan secara panjang lebar kerana membabitkan soal adab dan pertimbangan terhadap masa orang lain.

Pelakon drama Pujaan Hati Kanda itu berkata, makluman lebih awal bukan sahaja mencerminkan adab dalam dunia pekerjaan, malah membolehkan pelakon merancang jadual kerja dan rutin harian dengan lebih teratur.

“Kenapa? Sebab saya boleh merancang jadual seterusnya dan menguruskan kehidupan saya.

“Gunalah akal fikiran, semua. Takkan perkara asas macam ini pun saya perlu bercakap panjang lebar untuk menjelaskannya?” tegasnya.

Perkongsiannya meraih maklum balas netizen serta teman seperjuangan dalam arena seni yang bersetuju teguran diluahkan agar menjadi peringatan kepada penerbit serta syarikat produksi lain.

“Menghormati masa individu lain adalah adab profesionalisme yang asas. Perancangan boleh berubah, tetapi membiarkan orang menunggu merupakan tindakan tidak adil,” tulis seorang pengguna Threads. – HIBGLAM

The post ‘Kalau tawaran tak jadi maklum, tiada siapa akan marah’ appeared first on Kosmo Online.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved