
Baru-baru ini, peminat dunia hiburan dikejutkan dengan berita perpisahan pelakon Sharifah Sakinah dengan suaminya, Michael Hensen selepas tiga tahun bersama.
Jelas adik kepada Sharifah Shahira itu, dia dan Michael bukanlah mengambil keputusan untuk bercerai tetapi sebaliknya hanya berpisah buat sementara waktu.
"I Still Love Him.." - Sharifah Sakinah Dedah Belum Bercerai Dengan Suami, Hanya 'Berpisah' Sementara
Akui Sakinah yang mesra disapa Kinah, rumah tangga mereka mampu bertahan pada tahun pertama dan kedua. Namun, pada tahun ketiga ini ia merupakan keputusan yang rasional bagi mereka untuk berpisah.
Bukan bercerai tetapi berpisah. Tetapi kalau saya jumpa lelaki lain, saya akan minta cerai. Sebab saya taknak nanti ada mulut lain bercakap.”
@kosmoonline Saya masih cintakan Michael – Sharifah Sakinah #sharifahsakinah #beritatiktok #beritatiktok
? Beta Janji Beta Jaga (Janji Putih) [Short Ver] – Arvian Dwi
Menerusi temu bual Kosmo di TikTok itu, ramai warganet meluahkan rasa keliru mereka dengan situasi yang sedang berlaku pada Kinah dan Michael ini.
Segelintir dilihat bimbang dengan keadaan kesihatan mental Kinah dan ada yang tertanya dengan maksud sebenar pelakon itu apabila dia berkata tentang ‘bekas isteri’.
Maksudnya bekas isteri dia tu duduk sekali dengan laki dia lagi ke?”


The post “Kalau Terjumpa Lelaki Lain, I Akan Minta Cerai” – Netizen Makin ‘Confuse’ Dengan Sharifah Sakinah first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

![“Saya masih cintakan dia” – [VIDEO] Sharifah Sakinah Dedah Status Perkahwinan](https://cdn.newswav.com/img/topic/entertainment.jpeg)