“Kalau Terjumpa Saya Tolong Jangan Buat Muka Sedih, Nanti Saya Nangis” – Isteri ND Lala

27 Apr 2023 • 2:49 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sebelum ini, anak kepada penyanyi popular 80-an, ND Lala iaitu Syada Amzah telah berkongsi keadaan ibunya, Fauziah Sarman ketika menyambut Aidilfitri tanpa kehadiran bapanya.

Menerusi hantaran di Instagram Story, Syada atau nama sebenarnya Nursyuhada Amir Amzah turut bersalaman Raya dengan ibunya sebelum Fauziah dilihat tidak dapat menahan sebak dan dipeluk anaknya.

Terbaru, Fauziah menitip pesanan kepada orang ramai untuk memberikan senyuman paling manis ketika bertemu dengannya.

Pada keluarga, sahabat-sahabat dan sesiapa di luar sana yang mengenali saya. Kalau terjumpa tolong jangan buat muka sedih.

Bukan itu sahaja, ibu kepada empat cahaya mata itu berkata dia akan menangis sekiranya melihat wajah sedih orang sekeliling.

Kalau saya nampak muka sedih kalian saya akan nangis. Sedekahkan saya senyuman paling manis. Saya akan senyum pada anda.

Pesanan itu dikongsikan oleh Fauziah menerusi hantaran di laman Instagram miliknya.

image is not available

Terdahulu, Syada memaklumkan dia berasa sebak apabila melihat ibunya hanya boleh memerhatikan orang lain menyambut hari perayaan bersama keluarga.

Bukan itu sahaja, Fauziah turut tidak boleh mendengar lagu raya sedih kerana terkenang nasib keluarganya yang terpaksa beraya tanpa seorang bapa dan suami.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2 hari lalu

"Dia Tengok Orang Lain Dengan Suami..." - Bapa Gembira Beraya Di Sana, Syada Dedah Ibu Menangis Dalam Kereta