“Kalau Tiada Jodoh Dengan Saya, Tak Mengapa” – Datuk Red Dedah Ada Lelaki Lain Nak Dekati Adira Suhaimi

LocalEntertainment
5 Feb 2025 • 1:21 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Datuk Red Adira Suhaimi

Usahawan terkenal, Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Datuk Red mendedahkan bahawa seorang lelaki dikatakan sedang menunggu masa untuk mendekati bekas isterinya, penyanyi Adira Suhaimi.

Menerusi satu hantaran di TikTok, Datuk Red menyatakan bahawa dia reda sekiranya Adira bertemu jodoh dengan lelaki lain yang lebih berkemampuan.

Saya dapat laporan ada seorang individu yang betul-betul minat Adira. Dia tengah tunggu masa sesuai untuk ‘masuk jarum’.

Tak mengapalah, kalau tiada jodoh dengan saya. Lelaki itu berkemampuan, saya tidak.

Datuk Red fokus pada anak-anak

Walaupun berdepan kemungkinan Adira bakal bersama lelaki lain, Datuk Red tetap menegaskan bahawa keutamaannya adalah anak-anak

Kalau saya atau Adira berkahwin 10 kali pun, anak-anak tetap ada kami.

Kestabilan ekonomi jadi keutamaan

image is not available

Dia juga menegaskan bahawa kestabilan ekonomi menjadi keutamaan buat dirinya agar tidak membebankan sesiapa, terutamanya keluarga tersayang.

Saya tidur seorang diri, mati keras sendiri pun tak apa. Jadi, saya tak susahkan bekas isteri saya dan anak-anak.

#OhmediaNasihat

Jodoh dan rezeki adalah ketentuan Allah. Apa yang penting, sentiasa berusaha menjadi insan yang lebih baik dan menjaga tanggungjawab sebagai ibu bapa walaupun rumah tangga sudah berakhir.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Tiktok


The post

appeared first on

.