Kalau tidak balik Malaysia, tak adalah jumpa Riena

Entertainment
10 Aug 2026 • 5:43 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Kalau tidak balik Malaysia, tak adalah jumpa Riena

KUALA LUMPUR: Pelakon, Riena Diana mendedahkan, kekasihnya, Keith Foo membuat mempunyai sebab utama mengapa memilih untuk kembali menetap dan meneruskan kerjaya lakonan di Malaysia dibuat selepas hampir sedekad menimba pengalaman dalam industri seni Indonesia.

Menurut Riena, dia pernah bertanyakan kepada Keith mengenai keputusannya untuk pulang ke Malaysia selepas mencipta nama di Indonesia menerusi penglibatan dalam beberapa sinetron dan filem.

“Saya sebenarnya pernah tanya Keith, kenapa dia pilih untuk kembali ke Malaysia selepas berlakon di Indonesia? Dia sudah buat nama dan berlakon dalam sinetron serta filem di sana.

“Keith kemudian menjelaskan bahawa dia mahu keluar daripada zon selesa dan mencari pengalaman serta cabaran baharu di Malaysia selepas 10 tahun berada di Indonesia,” katanya.

Bagaimanapun, Riena secara berseloroh berkata, antara jawapan Keith yang paling menghiburkan ialah apabila kekasihnya itu mengakui mahu pulang ke Malaysia kerana tidak mahu berjauhan dengannya.

“Di hujung perbualan, dia jawab, ‘kalau tak balik, tak adalah jumpa Riena’. Tetapi, akhirnya dia balik dan berkahwin dengan Kim. Jadi, lucu juga apabila difikirkan semula. Jangan serius sangat, saya hanya bergurau,” katanya menerusi perkongsian di media sosial.

Mengulas lanjut, Riena berkata, keputusan Keith untuk kembali ke Malaysia pada asalnya hanya disebabkan satu tawaran kerja.

Namun, rezeki pelakon itu semakin terbuka apabila menerima beberapa tawaran lakonan secara berturut-turut selepas pulang ke tanah air.

“Pada mulanya, dia sepatutnya pulang ke Malaysia hanya untuk satu pekerjaan. Tetapi selepas itu, dia menerima tawaran demi tawaran secara berturut-turut.

“Mungkin pada ketika itu dia merasakan sudah tiba masanya untuk kembali berlakon di Malaysia pula selepas 10 tahun di Indonesia,” katanya.

Menurut Riena, faktor keluarga turut menjadi antara pertimbangan utama Keith untuk terus menetap di Malaysia, terutama apabila menyedari usia ibu bapanya yang semakin meningkat.

Malah, Riena mendedahkan Keith sehingga kini masih menerima tawaran untuk berlakon di Indonesia, namun memilih untuk menolaknya demi tidak berjauhan dengan anak mereka.

“Sehingga hari ini pun dia masih menerima tawaran untuk berlakon di sana, tetapi dia menolaknya kerana anak. Dia tidak mahu berjauhan dengan Sky,” katanya.

The post Kalau tidak balik Malaysia, tak adalah jumpa Riena appeared first on Utusan Malaysia.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved