“Kalaulah Suami Tak Buat Perangai” – Setahun Menyepi, Ramai Tercari-Cari Mana Perginya Sugu Pavithra?

28 Apr 2023 • 8:31 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Masih ingat lagi tak dengan Sugu Pavithra yang buatkan ramai ternanti-nanti perkongsian video resepi masakannya masa PKP dulu?

Perkongsiannya di saluran YouTube Sugu Pavithra menaik dengan begitu pantas sehingga mendapatkan lebih 800,000 subscribers dan jutaan tontonan.

image is not available

Namun, semunya terkubur selepas suaminya, Sugu didakwa memukul Pavithra gara-gara namanya tidak disebut ketika isterinya menerima anugerah Ikon Bandaraya Ipoh.

Sejak kejadian itu, nama Sugu Pavithra terus menghilang dan ketika ini orang ramai tertanya-tanya tentang keberadaan mereka selepas sudah setahun dia tidak berkongsi atau menaikkan sebarang video.

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.