“Kalaulah Usaha Hafal Lirik Digunakan Untuk Karangan..” – Pelajar Tulis Lirik Lagu ‘APT’ Dalam Kertas Jawapan Buat Guru Kecewa

LocalEntertainment
9 Dec 2024 • 3:35 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Melalui TikTok, satu video telah tular di platform berkenaan selepas seorang individu yang bergelar guru berkongsikan pengalaman yang mengejutkan orang ramai apabila terdapat seorang pelajar menjawab kerta peperiksaan dengan menulis lirik sebuah lagu.

Pelajar tulis lirik lagu dalam kertas jawapan exam

Dapat dilihat dalam video berdurasi 19 saat itu, guru terbabit meluahkan rasa kecewa apabila pelajarnya itu bertindak menulis lirik lagu dalam kertas jawapan peperiksaan dan bukannya menjawab soalan yang diberi.

Difahamkan, peperiksaan itu berdasarkan novel kesusasteraan Melayu, Tawanan Komander Caucasus yang mememerlukan pelajar menulis esei.

Bagaimanapun, pelajar terbabit dengan selamba menulis lirik sebuah lagu popular berjudul ‘APT’ yang dinyanyikan oleh Rose’ serta Bruno Mars daripada awal hingga akhir.

image is not available

image is not available

Kalau usaha yang sama (hafal lirik lagu) digunakan untuk menulis karangan seperti ini, pasti cikgu bangga dengan kamu.

‘Lirik lagu hafal, topik subject tak hafal’

Meninjau di ruangan komen, pelbagai reaksi ditinggalkan oleh netizen, di mana ada yang menganggap ianya kelakar tetapi ada juga yang merasakan tindakan pelajar itu kurang ajar.

image is not available

image is not available

image is not available 2 weeks ago

Letak ‘URL’ & Salin Semula Soalan, Guru Dakwa Mental Dah ‘Mati’ Dengan Sikap Sesetengah Pelajar Zaman Sekarang - “Ini Dah Exam Akhir Sesi Persekolahan”