“Kalini Tak Kelakar Ryan”, Kata-Kata Ryan Bakery Untuk Golongan Bujang Undang Kecaman Netizen

Entertainment
3 Oct 2022 • 1:45 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Beberapa hari lepas, personaliti terkenal TikTok, Ryan Bakery telah sah bergelar suami dan menamatkan zaman bujang dengan wanita pilihan hatinya, Elyia Ibrahim selepas lima bulan bertunang.

Menerusi satu video yang dimuatnaik @multazamnasir di Tiktok, Ryan diminta untuk memberikan sedikit nasihat buat golongan bujang diluar sana oleh pengguna Tiktok berkenaan.

Video itu kemudiannya tular di Facebook dan gurauan yang disampaikan Ryan ternyata tidak dapat diterima netizen kalau korang lihat di ruangan komen.

Mungkin Ryan tak berniat dan hanya bergurau semata-mata. Apapun, tahniah dan semoga perkahwinan bersama isteri tercinta bahagia sehingga akhir hayat. Buat yang masih belum berjumpa jodoh tu, bersabar, usaha dan tawakal. Adanya tu nanti, insya’Allah.

Kredit: Facebook

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.