Kalkulator Merit SPM sering menjadi rujukan penting dalam kalangan pemohon UPU untuk memahami bagaimana markah merit dikira dan sejauh mana ia mempengaruhi peluang kemasukan ke institusi pengajian tinggi (IPT). Semak markah merit anda dalam Kalkulator Merit SPM.
Artikel ini akan menghuraikan secara umum kaedah pengiraan markah merit UPU serta panduan penggunaan kalkulator merit sebagai rujukan awal agar pemohon dapat membuat pilihan kursus dengan lebih tepat dan realistik.
Apa itu Kalkulator Merit SPM?
Kalkulator Merit Lepasan SPM ialah alat untuk membantu pelajar lepasan SPM menganggarkan markah merit UPU sebelum memohon kemasukan ke IPT melalui UPUOnline.
Ia sangat berguna terutamanya bagi lepasan SPM atau calon yang bakal menduduki peperiksaan SPM yang masih tidak tahu bahawa pengiraan markah merit UPU merupakan antara dasar dan kriteria utama pemilihan pelajar ke IPT.
Pengiraan markah merit UPU dibuat berdasarkan prinsip meritokrasi, iaitu penilaian kelayakan pemohon berdasarkan prestasi akademik. Oleh itu, setiap pemohon UPU perlu tahu cara pengiraan markah merit UPU bagi memahami peluang kemasukan ke universiti awam.
Pengiraan ini boleh dibuat menggunakan kalkulator merit yang tersedia di beberapa platform dalam talian. Walaupun hanya anggaran, Kalkulator Merit Lepasan SPM membantu pelajar merancang pilihan pengajian dengan lebih jelas dan realistik selepas SPM.
Dasar & Kriteria


Purata Merit Lepasan SPM & STPM


Jenis Program Pengajian yang Kompetitif


Cara Menentukan Pilihan Program Layak & Tidak Layak

Panduan Pengiraan Kalkulator Merit SPM
Penting: Jika subjek yang anda ambil tidak memenuhi syarat aliran tertentu (contoh: STEM A), anda mungkin perlu memilih aliran lain seperti STEM B, STEM C, atau Kemanusiaan & Sastera Ikhtisas (KSI) untuk tujuan pengiraan.
Berikut adalah cara penggunaan kalkulator merit:
- Pilih jenis aliran (STEM A/B/C atau KSI)
- Pilih gred untuk 4 subjek wajib
- Pilih 2 subjek pilihan mengikut aliran
- Pilih subjek tambahan (jika berkenaan)
- Pilih markah ko-kurikulum (0.00 – 10.00)
- Markah merit akan dikira secara automatik
Sistem Gred SPM:
A+ = 18 markah | A = 16 markah | A- = 14 markah | B+ = 12 markah | B = 10 markah | C+ = 8 markah | C = 6 markah | D = 4 markah | E = 2 markah | G = 0 markah

- Masukkan keputusan Gred Mata Pelajaran Universal yang diperolehi
- Pilih pakej Mata Pelajaran:
- STEM A
- STEM B
- STEM C
- KSI / Lain-lain
- Nota: Rujuk kaunselor sekolah untuk kenalpasti pakej
- Pilih dan masukkan gred Mata Pelajaran terbaik.
- Pilih dan masukkan gred Mata Pelajaran terbaik yang belum diambil kira.
- Masukkan markah ko-kurikulum
- Nota: Rujuk kaunselor sekolah untuk ketahui markah ko-kurikulum
- Tekan butang kira
- Markah merit akan dipaparkan di ruangan yang disediakan.
Panduan Pengiraan Merit SPM
Formula Pengiraan:
- Subjek Wajib (40%): BM + BI + Matematik + Sejarah
- Subjek Pilihan (30%): 2 subjek mengikut aliran
- Subjek Tambahan (10%): 2 subjek tambahan (jika ada)
- Ko-kurikulum (10%): Markah aktiviti ko-kurikulum
- Jumlah Merit = ((Jumlah/80) x 90) + Ko-kurikulum
Untuk maklumat lanjut mengenai syarat aliran, sila rujuk rajah ini:

Contoh Pengiraan Merit SPM
Markah merit UPU bagi lepasan SPM dikira berdasarkan 100% markah merit keseluruhan, yang terbahagi kepada dua komponen utama iaitu markah akademik (90%) dan markah kokurikulum (10%).
Bagi markah akademik, pengiraan dibuat menggunakan gabungan:
- Merit Mata Pelajaran Universal (40%)
- Merit Mata Pelajaran Pakej (30%)
- Merit Mata Pelajaran Terbaik (10%)
Jumlah ketiga-tiga komponen ini membentuk 80% markah akademik, yang kemudiannya digunakan untuk menentukan 90% markah merit akademik.
Akhir sekali, markah akademik (90%) akan ditambah dengan markah kokurikulum (10%) untuk mendapatkan markah merit UPU keseluruhan (100%).








Contoh Pengiraan Merit STPM
Pengiraan markah merit bagi STPM, Matrikulasi, Asasi dan STAM adalah berdasarkan markah akademik sepenuhnya.
Bagi STPM, PNGK dibekalkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). Bagi Matrikulasi/Asasi, PNGK dibekalkan oleh institusi berkaitan seperti Bahagian Matrikulasi KPM, PASUM, Asasi UiTM, GENIUS@Pintar UKM, Politeknik dan Kolej Komuniti.
Manakala bagi STAM, PNGK ditentukan berdasarkan gred keputusan (Mumtaz hingga Rasib) yang ditukar kepada nilai PNGK.
Markah akademik dikira menggunakan formula PNGK × 90. Untuk Diploma atau kelayakan setaraf, pengiraan dibuat menggunakan 100% markah akademik tanpa penglibatan markah kokurikulum.

Bagi pemohon STPM dan STAM, markah kokurikulum sebanyak 10% diperoleh melalui penilaian yang dikeluarkan oleh Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia (BSKK, KPM). Markah ini diambil kira bersama markah akademik dalam pengiraan markah merit UPU.
Untuk pemohon Matrikulasi dan Asasi, markah kokurikulum 10% pula dibekalkan oleh institusi masing-masing seperti Bahagian Matrikulasi KPM, Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM), Pusat GENIUS@Pintar UKM, Pusat Asasi UiTM serta Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti.
Secara keseluruhan, markah merit UPU bagi STPM, STAM, Matrikulasi dan Asasi dikira berdasarkan gabungan:
- 90% markah akademik
- 10% markah kokurikulum
Manakala bagi Diploma atau kelayakan setaraf, pengiraan markah merit adalah berdasarkan 100% markah akademik sahaja tanpa melibatkan markah kokurikulum.

Muat Turun Aplikasi UPUPocket
Pengiraan merit boleh dilakukan dengan menggunakan kalkulator merit yang tersedia di UPUOnline & Aplikasi UPUPocket yang boleh dimuat turun di pautan berikut:
- Google Play Store – untuk pengguna Android
- Apple App Store – untuk pengguna iPhone
- Huawei App Gallery – untuk pengguna Huawei

Maklumat Lanjut
Untuk mendapatkan maklumat terkini berkenaan permohonan UPUOnline 2026/2027, anda boleh rujuk pada pautan berikut:
- YouTube : bkpaUPU
- TikTok : @bkpaupu
- Facebook : kemasukan bpkp jpt
- Telegram : UPUONLINE CHANNEL
- Instagram : @kemasukanbkpa
Atau, anda boleh juga hantarkan sebarang aduan atau maklum balas UPU menerusi pautan ini: https://jpt.mohe.gov.my/maklumbalas/

Soalan Lazim – Kalkulator Merit Permohonan UPU
1. Apakah itu Kalkulator Merit Permohonan UPU?Kalkulator merit ialah alat rujukan untuk menganggarkan markah merit pemohon berdasarkan keputusan akademik dan kokurikulum sebelum membuat atau mengemas kini permohonan UPU.
2. Siapakah yang boleh menggunakan kalkulator merit ini?Ia boleh digunakan oleh lepasan SPM, STPM, Matrikulasi, Asasi, STAM, Diploma dan kelayakan setaraf yang memohon kemasukan ke IPT melalui UPU.
3. Adakah markah yang dikira melalui kalkulator merit adalah tepat?Tidak. Markah yang dipaparkan hanyalah anggaran. Markah merit sebenar adalah tertakluk kepada pengiraan dan pengesahan rasmi oleh pihak UPU/Kementerian Pendidikan Tinggi.
Secara umum, pengiraan melibatkan:
Markah akademik
Markah kokurikulum (jika berkenaan)
Peratusan bergantung kepada jenis kelayakan pemohon.
Ya. Lepasan SPM melibatkan gabungan akademik dan kokurikulum, manakala STPM, Matrikulasi, Asasi dan STAM menggunakan 90% akademik dan 10% kokurikulum. Diploma/setaraf pula dinilai berdasarkan 100% akademik.
6. Bolehkah kalkulator merit menentukan sama ada saya pasti mendapat tawaran?Tidak. Kalkulator merit hanya membantu pemohon menilai peluang dan merancang pilihan program secara lebih realistik, bukan menjamin tawaran.
7. Bilakah masa terbaik untuk menggunakan kalkulator merit UPU?Ia sesuai digunakan sebelum fasa permohonan dan semasa fasa kemaskini bagi membantu pemohon menyusun semula pilihan program pengajian.
8. Di manakah maklumat rasmi pengiraan merit UPU boleh dirujuk?Pemohon disarankan merujuk portal rasmi UPUOnline dan laman web Kementerian Pendidikan Tinggi untuk maklumat terkini dan sahih.

Baca juga:
