Kamal Adli Cedera Parah, Diserang & Dipukul Lelaki Tak Dikenali Ketika ‘Event’ Di Singapura

Entertainment
13 Mar 2023 • 2:37 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon Uqasha Senrose meminta orang ramai mendoakan suaminya, Kamal Adli yang terpaksa menjalani pembedahan akibat kecederaan dialaminya.

Menerusi Instagram, Uqasha memaklumkan mereka berdua baru sahaja selesai menghadiri sebuah acara di Singapura dan Kamal tiba-tiba diserang seorang lelaki tidak dikenali.

Jelasnya, Kamal telah dipukul menggunakan cota di bahagian muka, kepala dan badan menyebabkannya cedera parah.

Ketika kejadian, mereka sedang bergambar dengan seorang makcik dan secara tiba-tiba lelaki itu bertanya siapa Kamal.

Kami fikir, dia peminat. Kamal tegur dia, tiba-tiba dia keluarkan cota dari poket. Dia pukul berkali-kali belakang kepala Kamal…

….Darah berjurai di baju. Apabila Kamal angkat kepala, dia pukul di tulang pipi. Kemudian berkali-kali di badan dan dia pun ada senjata tajam.”

image is not available

Uqasha turut memaklumkan bahawa Kamal terpaksa menjalani pembedahan akibat kecederaan parah dialaminya itu.

Sementara itu, dia telah pun membuat laporan polis di Singapura berhubung insiden berkenaan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 1 tahun lalu

"Semua Benda Nak Heboh, Diam Diam Sudahlah" - Netizen Kritik Uqasha Senrose Buka Aib Suami