Kamal Adli nafi tuduhan Uqasha

LocalEntertainment
18 Dec 2025 • 4:26 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Pelakon Kamal Adli menafikan sekeras-kerasnya dakwaan melakukan keganasan rumah tangga terhadap isterinya, Uqasha Senrose, dan menyifatkan tuduhan itu sebagai fitnah yang berniat menjatuhkan maruahnya.

Kamal mendakwa tidak pernah memukul, menumbuk atau mencederakan isterinya sepanjang perkahwinan mereka, malah sanggup bersumpah dengan menjunjung al-Quran bagi menafikan dakwaan tersebut.

“Saya sudah dapat menganggak tuduhan ini akan ditimbulkan. Demi Allah, saya berani junjung Al-Quran dan bersumpah atas nama ibu ayah yang saya tak pernah pukul isteri, apatah lagi tumbuk, tarik rambut dia, sama sekali tidak. Saya sudah jangka yang permainannya begini.

“Kenapa sekarang dia timbulkan cerita ini? Tolong tunjuk bukti yang saya pernah pukul dia. Ini adalah fitnah,” katanya.

Menurutnya, dakwaan itu dibangkitkan tanpa sebarang bukti kukuh seperti laporan perubatan, laporan polis atau rakaman video. Kamal turut mencabar Uqasha membuktikan tuduhan berkenaan termasuk dakwaan lebam pada tubuhnya melalui pengesahan forensik.

Baca juga:

Mahu pertahankan rumah tangga

Walaupun mengakui terkesan dan tersakiti dengan dakwaan itu, Kamal menegaskan dia masih memilih untuk mempertahankan rumah tangga demi anak mereka, Hawra Uqaira, serta tidak membuka aib isterinya kepada umum.

Beliau juga memaklumkan hanya menggunakan saluran undang-undang yang betul bagi menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka.

Prosiding perceraian pasangan berkenaan di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan telah dilanjutkan ke peringkat hakam dan ditetapkan bersambung pada 12 Januari depan. Untuk rekod, Uqasha memfailkan permohonan cerai pada Oktober lalu atas alasan tiada persefahaman dalam rumah tangga.

The post Kamal Adli nafi tuduhan Uqasha appeared first on The Reporter.