Kamal berjuang demi tiga orang penting

LocalFamily & Parenting
10 Sep 2026 • 9:35 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Kamal berjuang demi tiga orang penting

PONTIAN – Usia yang semakin lan­jut tidak menghalang ­seorang warga emas mengorbankan ma­sa, tenaga dan wang simpa­nan­nya demi menjaga tiga insan tersayang yang kini terlantar akibat sakit dan keuzuran.

Kamal Arshad, 61, kini meng­ga­las tanggungjawab menjaga is­­terinya, Hanisah Mohd. Adres yang menghidap penyakit saraf, adik iparnya, Azamai Mohd. Ad­res, 54, yang tidak lagi mampu ber­jalan serta bapanya, Arshad Ali, 95, yang uzur.

Lebih mengharukan apabila pe­­ngorbanan itu menyebabkan Kamal terpaksa melupakan hasrat untuk kembali bekerja bagi mencari rezeki.

Menurut Kamal, keadaan ke­wa­ngan keluarganya semakin ‘ti­­pis’ selepas wang simpanan ha­bis diguna untuk membe­li ke­perluan harian termasuk lam­pin pakai buang.

“Nasib baik ada simpanan emas yang dibeli ketika masih bekerja. Setakat ini, emas berupa ‘gold coin’ dan ‘gold bar’ yang dijual sudah mencecah RM30,000.

“Wang itu saya gunakan untuk keperluan keluarga. Kalau tidak ada simpanan emas, saya tidak tahu bagaimana hendak berta­han,” katanya ketika ditemui di Kampung Parit Jerman, Telok Kerang, di sini semalam.

Kamal berkata, isterinya yang pernah bekerja di kilang ma­kanan sejuk beku berhenti ker­ja pada usia 58 tahun selepas di­sahkan menghidap penyakit sa­raf selain mengalami jangkitan kuman pada paru-paru.

Katanya, adik iparnya pula yang merupakan orang kelainan upaya (OKU) secara tiba-tiba tidak mampu berjalan dan kini terlantar di atas katil.

“Setiap pagi saya juga akan ke rumah ayah yang berhampiran de­ngan rumah untuk menguruskannya.

“Pada masa sama, saya perlu menjaga isteri dan adik ipar yang juga memerlukan perhatian. Ini­lah rutin setiap hari,” katanya.

Kamal berkata, bapanya tinggal bersama adik lelaki dan isteri, na­mun adiknya yang bekerja sebagai pe­mandu lori perlu keluar awal pa­gi setiap hari.

Kamal berkata, anak-anaknya turut membantu dari semasa ke semasa dan dia tidak mahu terlalu bergantung kepada mereka kerana masing-masing mempunyai tanggungjawab sendiri.

“Saya bukan tidak mahu be­kerja, tetapi bagaimana saya hendak tinggalkan mereka bertiga?” katanya.

Dalam pada itu, Kamal berharap ada pihak yang dapat mem­­­bantu menguruskan permo­honan bantuan Pertubuhan Ke­se­lamatan Sosial (Perkeso) untuk isterinya, termasuk pencen ilat kerana isterinya masih mencarum ketika ditimpa penyakit.

Orang ramai yang ingin membantu keluarga berkenaan boleh menghubungi Kamal Arshad di No. 48, Kampung Parit Jerman, Telok Kerang atau menerusi ­talian 011-1513 1754.

The post Kamal berjuang demi tiga orang penting appeared first on Kosmo Online.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved