“Kambing Lebih Mahal Di Sini” – Remaja Kantoi Buat Kerja Tak Senonoh Depan Orang

6 Jan 2023 • 12:06 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Di Twitter, tular rakaman video berdurasi 25 saat menunjukkan satu pasangan dipercayai kekasih melakukan aksi tak senonoh di tempat awam.

Dalam rakaman itu, kelihatan beberapa orang individu memakai baju seragam sekolah sedang duduk di pondok rehat.

Salah seorang daripada remaja itu tiba-tiba bangun dan memeluk pasangannya membuatkan perakam terkejut.

image is not available

Ketika aksi dirakam, perakam dipercayai berada di dalam kereta. Mereka tak percaya budak-budak sekolah boleh melakukan perkara tak senonoh sebegitu di tempat terbuka.

Namun, lokasi kejadian setakat ini tak dapat dikenalpasti.

Di ruangan komen, pelbagai reaksi yang ditinggalkan netizen. Rata-rata mempersoalkan di manakah rasa malu remaja berkenaan apabila sanggup berpelukan di hadapan rakan-rakan lain.

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.