Kamera Awas Kurangkan Kemalangan Di Terowong Menora

LocalCars
1 Oct 2025 • 5:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengakui dengan pemasangan kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (Awas) di Terowong Menora, Perak, langkah itu dilihat dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya secara ketara.

Perkara itu didedahkan Pengarah Kanan Penguatkuasa JPJ, Datuk Muhammad Kifli Ma Hassan.

Seperti diketahui umum, sebelum ini lokasi berkenaan hampir setiap minggu mencatatkan kemalangan namun berubah selepas penguatkuasaan Awas itu.

image is not available

“Selepas pemasangan Awas, kadar kemalangan menurun dengan ketara. Ada lokasi yang hampir dua bulan tidak mencatatkan sebarang kemalangan, sedangkan sebelum ini boleh dikatakan berlaku hampir setiap minggu.

“Ini membuktikan keberkesanan sistem ini dalam meningkatkan kesedaran pengguna jalan raya,” katanya.

Beliau menegaskan, tujuan utama pemasangan kamera AWAS bukanlah untuk mengutip saman, sebaliknya mendidik pemandu supaya lebih berhati-hati, khususnya di kawasan yang dikenal pasti kerap berlaku kemalangan.

“Masih ada pemandu yang melanggar had laju, namun mesej utama yang kita mahu tekankan adalah kesedaran.

“Pemandu perlu berhati-hati bukan sahaja di lokasi pemasangan kamera Awas, tetapi juga di laluan berisiko lain,” jelasnya.

Media tempatan melaporkan melaporkan sebanyak 3,000 notis saman dikeluarkan setiap hari menerusi Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (Awas) melibatkan kesalahan memandu melebihi had laju di Terowong Menora, Ipoh di Perak.