Kamera AWAS: Sistem Point To Point Masih Belum Bermula

LocalCars
4 Jun 2025 • 4:45 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Mungkin ramai yang kecut perut selepas melihat tiang hitam (perangkap had laju) yang sudah dipasang di beberapa Kawasan lebuh raya utama namun ujian rintis sistem berasaskan kaedah 'point-to-point' masih belum bermula.

Pejabat Menteri Pengangkutan, berkata, ujian rintis sistem point-to-point masih belum dimulakan.

Setakat ini, belum ada maklumat mengenai tarikh ia dijadualkan bermula," katanya kepada Berita Harian.

Terdahulu, sistem berasaskan teknologi kecerdasan buatan (AI) itu diumumkan akan diuji secara rintis di dua lebuh raya utama iaitu dari Terowong Genting Sempah ke Hentian Rehat Gombak, serta dari Plaza Tol Senawang ke Plaza Tol Simpang Ampat (Alor Gajah).

Selain itu, sistem ini akan dipasang di lokasi yang sering berlaku kemalangan di jarak laluan yang lebih panjang, contohnya di lokasi Terowong Menora ke Hentian Rehat Sungai Perak.

Untuk makluman, sistem berkenaan dirangka untuk menggantikan kaedah kamera statik sedia ada yang disifatkan tidak lagi berkesan dalam mengurangkan kelajuan kenderaan.

image is not available

Berikut merupakan senarai lokasi kamera AwAS:

Arah Utara

KM 96.3: Kuala MudaKM 1: Johor BahruKM 151: PagohKM 184.2: JasinKM 214.4: Alor GajahKM 328.8: BehrangKM 375.9: Slim RiverKM 204.6: TaipingKM 174: Bandar BaharuKM 166: Seberang Perai Selatan

Arah Selatan

KM 1: Johor BahruKM 146.8: PagohKM 185: BembanKM 214.3: Alor GajahKM 301.6: KajangKM 299.9: KamparKM 97.2: Kuala Muda