Kamera badan perkasa tahap integriti, profesionalisme - KPN

14 Dec 2022 • 4:04 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Acryl Sani

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyambut baik langkah kerajaan menyegerakan perolehan kamera badan untuk kegunaan anggotanya.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, kamera badan itu akan digunakan oleh anggota Unit Rondaan Bermotor (URB) dan anggota Kenderaan Pelbagai Guna (MPV) bagi tujuan penguatkuasaan.

"PDRM yakin penggunaan kamera badan akan memperkasa tahap integriti, profesionalisme serta ketelusan ketika berurusan, selain melindungi kepentingan semua pihak.

"Penggunaan kamera badan akan dimanfaatkan sebaik mungkin dalam usaha PDRM untuk memastikan kualiti penyampaian perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Pada Selasa, media melaporkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam proses perolehan untuk mendapatkan kamera badan yang ditempah bagi kegunaan Polis Diraja Malaysia.

Menterinya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, perolehan kamera badan berkenaan membabitkan kos berjumlah RM30 juta yang sudah diluluskan oleh Kementerian Kewangan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved