'Kami akan bangkit di London'

Football
12 Apr 2024 • 12:18 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
DAVID MOYES. Foto AFP

WEST Ham United masih dalam saingan Liga Europa walaupun dua gol lewat perlawanan menyaksikan kelab Inggeris itu tunduk kepada Bayer Leverkusen dalam aksi suku akhir pertama di Bay Arena pada Jumaat.

Malah pengendali The Hammers, David Moyes percaya kelab London itu mampu lebih menyerlah sekiranya melakukan penambahbaikan menjelang aksi di laman sendiri minggu depan.

“Sejujurnya kami mempunyai separuh peluang pada perlawanan kedua. Namun memerlukan sedikit persembahan lebih bertenaga kerana mereka pasukan yang sangat bagus. Anda tidak akan tahu apa yang akan berlaku.

“Di sini, kami ingin bermain lebih menyerang. Pemain melakukan kerja yang cemerlang dengan struktur, tetapi kami bermain menentang pasukan Liga Juara-Juara dan kami tidak cukup pada tahap itu.

“Mari kita cuba dapatkan satu gol kemudian lihat sama ada kita boleh mendapat dua. Kami akan bangkit untuk minggu depan,” kata Moyes.

Jaringan Jonas Hofmann (m-83) diikuti Victor Boniface (m-91) membolehkan Leverkusen jagoan Bundesliga Jerman kendalian Xabi Alonso membawa bekalan dua gol ke London pada 19 April depan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved