“Kami Akan Memperbaiki Kelemahan” – Kontroversi Berpakaian Seksi, Dolla Mohon Maaf

1 Oct 2022 • 12:00 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Kumpulan Dolla baru-baru ini mencetuskan kontroversi selepas berpakaian seksi sewaktu membuat persembahan di sebuah festival muzik.

Mengakui kesilapan itu, kumpulan meningkat naik berkenaan tampil membuat permohonan maaf dengan anggotanya, Sabrina Rusli atau Sabronzo memaklumkan bahawa mereka kesal dengan apa yang berlaku dan berjanji akan memperbaiki penampilan mereka pada masa akan datang.

Kami ingin memohon maaf atas apa yang berlaku. Kami akan memperbaiki penampilan kami dan lebih berhati-hati pada masa akan datang.

Impak kontroversi ini terlalu besar buat kami. Justeru, kami akan memperbaiki kelemahan dan bergerak ke depan.

Apa yang berlaku adalah kecuaian kami yang terlepas pandang tentang perkara ini. Kami berjanji akan lebih berhati-hati pada masa akan datang.

Baguslah begitu, mereka pun dah akui kesilapan. Harap-harap mereka ambil iktibar dan tidak mengulanginya di masa akan datang.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved