‘Kami approach ibu menyusu sis’ – Konon nak guide breastfeeding, rupanya scammer & pervert

5 Dec 2023 • 9:23 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Bermacam-macam teknik penyamaran yang digunakan oleh penjenayah bagi mengelirukan masyarakat. Motif penyamaran mereka kadangkala bukan hanya melibatkan wang ringgit tetapi juga bermotifkan nafsu semata-mata.

Seorang wanita mendedahkan teknik penyamaran yang digunakan oleh individu yang menyamar sebagai pakar laktasi untuk memberi tunjuk ajar kepada wanita ini berkenaan ilmu penyusuan.

Pelaku tersebut menghubungi wanita ini menerusi telegram dan menyatakan tujuan dia berhubung dengan wanita tersebut.

Bagi mendapatkan kepercayaan wanita ini, pelaku menyatakan dia mendapat maklumat dari ketuanya melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Bagaimanapun, wanita ini meragui dan tidak percaya dengan taktik yang digunakan oleh pelaku. Wanita ini kemudiannya meminta gambar pelaku. Namun tidak dapat dipastikan gambar wanita yang diberikan adalah gambar pelaku atau individu lain.

Menerusi ruangan komen, netizen menyatakan mesej yang diterima wanita itu adalah salah satu kes gangguan seksual yang pernah berlaku sebelum ini. Netizen turut mendakwa berlaku kecurian data dari klinik kesihatan dan pelaku menyamar sebagai anggota kesihatan.

image is not available

Selain itu juga ada yang mendakwa pelaku akan mendekati mangsa yang terdiri daripada wanita yang baru sahaja melahirkan anak.

image is not available

Sehubungan dengan itu, para wanita dinasihatkan untuk berhati-hati dengan teknik penyamaran yang digunakan oleh pihak tertentu bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

View Original Article