“Kami Baik-Baik Saja” – Anna Jobling Jawab Spekulasi Hubungannya Bersama Meerqeen Kian Renggang

Entertainment
28 Jul 2023 • 8:05 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Meerqeen dan Anna Jobling - gambar Instagram dan Helmi Anuar

Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba nama pelakon popular Anna Jobling dan Meerqeen menjadi bualan apabila mereka berdua dikatakan tidak lagi seakrab dulu.

Anna dan Meerqeen yang masing-masing baru sahaja memenangi anugerah Pelakon TV Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 (ABPBH35) menepis dakwaan yang mengatakan hubungan mereka kini renggang.

“Jangan percaya apa yang anda baca di internet. Apa yang anda lihat saya papar di media sosial saya hanyalah 5 peratus daripada kehidupan sebenar saya. Hubungan saya dan Meerqeen masih rapat dan baik-baik saja,” katanya ketika ditemui di ABPBH35.

Meerqeen yang berada bersebelahan Anna ketika diwawancara juga mengakui bahawa hubungan mereka berdua baik-baik saja sewaktu disapa oleh Anna.

image is not available
'Meerna' mengakui mereka masih rapat seperti biasa - gambar Instagram dan Helmi Anuar

Pasangan yang mendapat gelaran ‘Meerna’ ini mula mencuri perhatian ramai selepas membintangi drama rantaian Melur Untuk Firdaus musim pertama. Gandingan ini mencetuskan fenomena sehingga kedua-dua mereka menempa populariti luar biasa bukan sahaja di Malaysia, malah sehingga ke Indonesia.

Selain meraih anugerah Pelakon TV Popular, Anna juga turut membawa pulang anugerah BBNU Wanita Popular , Pasangan TV Popular (bersama Meerqeen) dan Drama TV Popular (Melur Untuk Firdaus). – Getaran, 27 Julai 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved