‘Kami balik bersama, itu kali terakhir saya lihat Abu’

28 Aug 2026 • 11:29 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Kami balik bersama, itu kali terakhir saya lihat Abu’

ARAU – “Tengah hari tadi kami masih balik bersama dari kolej, saya tidak sangka itu kali terakhir saya melihat Abu.”

Demikian kata Amsyar Zharfan Azharuddin, 16, yang masih terkejut dengan kehilangan rakan baiknya, Abu Darda’ Akashah, 16, yang maut selepas motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah bas di Jalan Alor Redis-Jejawi berhampiran Long Boh, di sini kira-kira pukul 11.52 pagi tadi.

“Arwah juga baik dengan guru-guru serta kerap datang ke rumah saya. Kami memang selalu balik bersama.

“Hari ini pun rutin kami sama tetapi saya tidak sangka selepas itu dia pergi buat selama-lamanya,” katanya ketika ditemui di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tuanku Fauziah (HTF), hari ini.

Allahyarham yang merupakan anak ketiga daripada empat beradik mengikuti kursus automotif di Kolej Vokasional Kangar dan ketika kejadian dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Ahmad Mohsin Md Rodi berkata, kemalangan itu membabitkan sebuah motosikal Honda C100 yang ditunggang mangsa dan sebuah bas.

Katanya, siasatan awal mendapati motosikal ditunggang mangsa dipercayai memasuki laluan bas dari arah bertentangan sebelum berlaku perlanggaran.- KOSMO! ONLINE

The post ‘Kami balik bersama, itu kali terakhir saya lihat Abu’ appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved