“Kami Bayar Lebih Daripada Gaji Minimum Ditetapkan Kerajaan” – 99 Speed Mart Jawab Dakwaan Aniaya Pekerja

LocalBusiness & Finance
13 Sep 2024 • 10:22 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Syarikat perniagaan runcit, 99 Speed Mart Retail HoldingsBhd tampil mempertahankan imej mereka setelah didakwa memberi gaji pekerja sedikit dan tidak munasabah.

Maklum syarikat itu, gaji yang ditawarkan kepada pekerja adalah adil dan mematui sepenuhnya Akta Pekerja (Pindaan) 2022.

image is not available

Ketua Pegawai Operasi 99 Speed Mart, Yong Eng Kwang berkata syarikat mereka beroperasi dalam sektor pasar mini dan menghadapi cabaran berbanding industri lain.

Di bawah Akta Pekerja (Pindaan) 2022, gaji minimum negara ditetapkan pada RM1,500 sebulan. Ini memberi jaminan bahawa 99 Speed Mart bukan sahaja memenuhi keperluan undang-undang ini, malah kami membayar lebih daripada itu.

Malah, menurut syarikat itu lagi, mereka juga menyediakan kenaikan gaji tahunan, bonus akhir tahun, klinik panel, peluang latihan, kad sim percuma dengan data 40GB serta baucar makanan percuma kepada para pekerja mereka.

Pekerja kami adalah tulang belakang 99 Speedmart, dan kami komited terhadap kesejahteraan mereka.

Kami juga memahami tekanan kewangan yang dihadapi ramai orang pada masa kini, itulah sebabnya kami bekerja tanpa jemu untuk memastikan harga kami rendah, memastikan barangan keperluan kekal mampu milik untuk semua orang.

Terdahulu, pengasas 99 Speed Mart dilaporkan telah mencapai status bilionair dan antara yang terkaya di Malaysia.

image is not available

image is not available

Namun, muncul pula kritikan yang mendakwa diri mereka pernah bekerja dengan pasar mini itu dianiaya dan tidak diberikan hak sewajarnya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 3 days ago

Pengasas Kini Antara Individu Terkaya M’sia, Bekas Staf Dedah Realiti Bekerja Di 99 Speedmart - “Tak Guna Jadi Billionaire Lah Kalau...”