‘Kami bayar zakat diam-diam, tak buat video’ – Individu kecam Kieda Crepe, tapi dibidas pengikutnya

31 Dec 2023 • 12:32 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Usahawan dan pempengaruh TikTok, Kieda, semalam memuat naik video beliau membayar zakat perniagaan dan pendapatan.

Kieda, atau nama sebenarnya Nur Khalieda Yusra, membayar zakat tersebut dalam bentuk tunai kepada pegawai zakat Pulau Pinang yang hadir ke premisnya.

Namun, ada individu yang menganggap perkongsian Kieda itu sebagai menunjuk-nunjuk. “Kami bayar zakat diam-diam, tak buat video,” kata Kereleija mengundang kecaman netizen lain yang tampil mempertahankan Kieda.

image is not available

“Sis ada business ke? Berapa ribu bayar? Saya pernah bekerja di pejabat zakat dan memang kami galakkan syarikat besar atau public figure uar-uarkan bayaran zakat untuk galakkan orang awam buat benda yang sama,” kata Asyiqin Ahmad.

“Kenapa akak yang tersakiti sangat tengok dia bayar zakat? Dia bukan buat dosa. Lainlah macam orang yang terang-terangan tunjuk gambar buka aurat tak bagi apa-apa kebaikan untuk orang islam pun. Itu yang akak patut tegur. Bukan tersakiti tengok orang ajak buat rukun islam. Buat kebaikan,” kata Seroja.

Sementara itu, ramai yang kagum dan bangga dengan Kieda. Bagi mereka, kejayaan Kieda dalam perniagaan boleh dijadikan sebagai inspirasi untuk peniaga lain.

“Bagus video macam ni dan rahsiakan jumlah zakat. Supaya boleh menjadi inspirasi untuk peniaga di luar sana termasuk kami. Jom semua, sapot lokal supaya ramai peniaga boleh bayar zakat,” kata Deenos.

View Original Article