“Kami Boleh Keluar Duit” – Bakal Berakhir, Joo Woojae & Ahli Lain Merayu KBS Tak Batalkan ‘Beat Coin’

Music
12 Jan 2024 • 12:39 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Setiap permulaan, pastinya akan ada pengakhirannya.

Dalam episod terbaru “Beat Coin”, para ahli dilihat berat hati ingin mengucapkan selamat tinggal buat program berkenaan yang bakal menamatkan siaran pada episod akan datang. Kata Kim Sook,

Ini yang terakhir? Saya mahu teruskan dan tidak mahu berakhir. Saya berbincang dengan penulis utama, kenapa saya rasa ini tidak akan berakhir?

Komen yang lain bagi menenangkan Kim Sook,

Tayang waktu ‘Morning Yard’ tak boleh ke?

image is not available

Selit Jo Se-ho pula,

Penonton juga tahu, bukan? Ini hanya masa untuk berpisah sebentar.

Joo Woo-jae turut menyanyikan lagu sambil berkata,

Saya tidak mahu berpisah.

Kim Sook berkongsi perasaannya dengan berkata bahawa Hong Jin-kyung sanggup memberikan wang buat pihak produksi. Jang Woo-young juga meluahkan perasaan kesal dengan berita berkenaan selain mengakui bahawa dia sudah tidak banyak jemputan di acara lain kini.

Sedihnya..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

View Original Article