“Kami Borak Sepanjang Hari” – Ailee & Choi Sihun Kongsi Foto Romantik Pergi ‘Honeymoon’ Di Dubai

WorldEntertainment
26 Apr 2025 • 10:20 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Selepas melangsungkan majlis perkahwinan pada minggu lalu, Ailee dan Choi Si-hun telah meneruskan perjalanan indah mereka dengan pergi berbulan madu.

Menerusi Instagram, Choi Si-hun telah berkongsi beberapa foto romantik ketika sedang berbulan madu bersama isterinya, Ailee, di Dubai.

Tulis lelaki itu,

Kami telah memulakan bulan madu kami! Majlis kahwin itu terasa seperti mimpi dan saya sangat gembira kami terus pergi berbulan madu dengan segera. Kami berbual sepanjang hari, mengimbau kembali kenangan gembira pada hari itu.

Malahan, Ailee juga turut berkongsi banyak foto suasana di padang pasir yang eksotik dan mewah di sana, sambil turut memaparkan momen mesra bersama suaminya.

Komen peminat yang turut berbahagia,

  • Awak memang layak untuk bahagia!
  • Masih nampak aura pengantin baru tu~
  • Wah, selamat berbulan madu.
  • Suka sangat tengok pasangan ni!

Memang ‘couple goals’ sangat tau!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.